Wednesday, August 14, 2013

Kristian , Katolik , Ortodoks , Protestan dan Anglikan




Pada hari ini, istilah ‘Christian’ digunakan untuk merujuk kepada mereka yang menganut agama yang dibawa oleh Jesus Christ. Istilah ini sebenarnya tidak pernah digunakan oleh Jesus Christ bagi menggelar pengikutnya sepanjang hayat baginda. Ia buat pertama kalinya digunakan oleh Raja Agrippa II iaitu seorang raja Pagan di kota Antioch sewaktu Saul the Tarsus cuba untuk mengkristiankan beliau sekitar 42 M [Acts 26:28]



Jesus Christ memulakan misi dakwahnya selepas dibaptiskan oleh sepupunya ‘’John the Baptist’’ (Yohanna/Yuhanna/Yahya) ketika umurnya sekitar 30-an. Dalam usaha dakwahnya, baginda menekankan bahawa beliau bukanlah membawa agama baru akan tetapi meneruskan ajaran Mosses (Musa)  dan untuk melengkapi hukum Torah (Taurat) yang telah diselewengkan oleh Bani Israel [Mat 5:17-20].



Baginda hanyalah diutuskan untuk membetulkan kembali ‘’The Lost Sheep of Israel’’ yang terpesong akidahnya dan Jesus melarang pengikutnya dari menyebarkan agama Kristian kepada Gentiles ataupun bukan bani Israel (Non-Israel) [Mat 15:24]. Intipati utama dakwah Jesus Christ ialah keESAAN ALLAH S.W.T  (bukan islam) yang terpelihara dari kekurangan dan hanya SATU sahaja TUHAN yang wajib disembah [Mark 12:29].



Ajaran ini selari dengan pemahaman Islam yang turut mengiktiraf Jesus Christ sebagai salah seorang daripada lima rasul terulung. Selepas peristiwa penyaliban Jesus Christ (muslim tidak percaya baginda mati seperti mana yang dianuti mereka. Nauzubillahimin Zalik) dan kebangkitan semula Jesus selepas meninggal dunia selama tiga hari, baginda dikatakan duduk ‘’at the right hands of God’’ di dalam Syurga. Misi dakwah baginda ketika ini disambung oleh anak-anak buahnya ataupun dikenali sebagai  ‘’The apostles/ Disciples of Jesus Christ’’.







 Kisah dakwah mereka diceritakan di dalam buku act of Apostles. Dalam Islam, golongan ini dikenali sebagai puak ‘’Hawariyyun’’ ataupun penolong-penolong agama Allah.Dalam Quran, Allah telah mengurniakan darjat kepada puak Hawariyyun atas keteguhan mereka menolong agama Allah. Kemudian, Saul the Tarsus mendakwa telah mendapat visi bertemu dengan Jesus Christ dalam perjalanannya ke Demascus [Acts 9:3-6].




Beliau sebelum ini merupakan penentang utama ajaran Jesus Christ dan dilihat begitu aktif dalam menjejak dan menghukum pengikut agama Jesus Christ [Acts 9:1]. Beliau pada asalnya tidak diterima oleh golongan Hawariyyun tetapi disebabkan pengaruh Barnabas, akhirnya Saul the Tarsus diterima oleh Apostles. Selepas mendapat visi, Saul the Tarsus dikenali sebagai Paul. Setelah beberapa lama menjalankan misi dakwah bersama, akhirnya Paul telah membawa haluan sendiri kerana tidak lagi sekepala dengan puak Hawariyyun.




Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep ‘’salvation’’ iaitu Jesus Christ mati di salib untuk menebus dosa manusia. Beliau seterusnya telah mengiktiraf dirinya sebagai Apostles bagi puak Gentiles [Eph 3:1,8]. Kisah mengenai puak Hawariyyun tiba-tiba menjadi senyap di dalam Bible dan baki Bible hanya bercerita tentang misi Paul dalam menyebarkan agama Kristian. Menjelang tahun 70 AC, golongan Puak Hawariyyun telah lumpuh dan Christian ajaran Paulus telah mendapat tempat dan semakin berkembang dalam pemerintahan kerajaan Roman.





Mereka menggelarkan diri sebagai Catholics yang bermaksud ‘’sejagat’’. Dan ketika ini, muncullah satu ideology yang mengaitkan Jesus Christ sebagai ‘’The Son of God’’ . Lama kelamaan, berlakulah pertembungan ideologi dalam kalangan Bishop mengenai status ketuhanan Jesus Christ. Dua tokoh hebat kristian yang bertelagah ialah Arius dan Athanasius. Arius dan pengikutnya meyakini segala keajaiban yang dilakukan Jesus Christ serta kedudukan tertinggi beliau.




Akan tetapi, mereka meyakini bahawa Jesus hanyalah seorang Rasul dan makhluk cipataan Tuhan. Perjuangan mereka berlandaskan seruan John 14:28 Athanasius pula meyakini bahawasannya Jesus Christ adalah anak tuhan yang hakiki. Ini membawa kepada persidangan Nicae I pada tahun 325 AC yang dianjurkan oleh Maharaja Constantinople. Seramai 2048 yang hadir tetapi undian dibuat dalam kalangan 318 orang sahaja. Persidangan ini telah mencapai resolusi melalui sebuah perjanjian yang dikenali sebagai ‘’Nicene Creed’’.




Pada ketika ini, Kristian mempercayai konsep dwinity iaitu God the Father dan Jesus sebagai The Son of God. Entiti ketiga ketuhanan dalam agama kristian hanya lengkap pada tahun 381 AC melalui persidangan Nicae kedua. Melalui resolusi ‘’Niceno-Constatinopolitian Creed’’  akhirnya Doktrin Trinity telah dibentuk yang merangkumi God The Father, Jesus Christ dan Holy Spirit. Tidak lama kemudian, perbalahan dalaman antara gereja telah membawa kepada perpecahan pentadbiran gereja kepada dua pentadbiran iaitu Roman Catholic dan Eastern Orthodox pada tahun 1054 AC






Masing-masing ketika itu ingin menjadi ketua kepada gereja.Roman Catholic berpusat di Rom dan hari ini berpusat di Vatican City. Eastern Orthodox pula berkembang disekitar Syiria. Walaubagaimanapun, Eastern Orthodox gagal berkembang dengan pesat. Eastern Orthodox masih mengekalkan konsep Keesaan Allah. Tapi, tidak lama kemudian ia turut berpecah dan kebanyakan dari mereka akhirnya percaya dengan konsep Jesus sebagai anak Tuhan.





 Hanya sebilangan kecil sahaja yang masih berpegang dengan prinsip Arius. Manakala doktrin trinity yang diasaskan pula telah menimbulkan banyak permasalahan kepada pengikut agama kristian. Oleh itu, satu persidangan yang dinamakan ‘’Council of Florence’’ telah diadakan pada tahun 1442 AC yang menetapkan bahawa ketiga-tiga peribadi entity dalam trinity berbeza tetapi ketiga-tiganya tetap bersatu sebagai satu tuhan yang tidak mengalami sebarang bentuk perpisahan. Kemuncak kepada perpecahan gereja membawa kepada satu lagi perpecahan penting pada kurun ke 16 apabila Roman Catholic berpecah kepada dua iaitu Catholic dan Protestant. Sehingga ke hari ini, terdapat lebih 33,800 aliran kristian di seluruh dunia (laporan Newsweek April 2000).




Katolik dan Protestan dahulunya adalah satu.  Diceritakan pada suatu ketika , gereja di Rom memerlukan duit dan dana tambahan. Lalu paderi mereka menjual ‘’sijil pengampunan’’ atau  disebut ‘’Indulgence’’  untuk orang-orang  yang ingin diampuni dosanya. Maka ramai golongan bangsawan dan hartawan berbuat maksiat sewenang-wenangnya lalu kemudiannya membeli sijil ini untuk diampunkan dengan mudah lalu secara tidak langsung ekonomi gereja semakin meningkat mendadak.

Tidak lama kemudian Roman Katolik berpecah kepada Protestan yang diketuai oleh Martin Luther. Pengikutnya kini dinamakan Lutherian (rujuk Gereja Lutherian). Martin Luther menolak sesetengah kitab di dalam New Testament (Perjanjian Baru) yang dianggapnya tidak authentic (tidak asli).


 Ajaran khas Martin Luther yang seringkali juga diakui sebagai ciri khas ajaran Reformasi disimpulkan dalam tiga sola, yaitu sola fide, sola gratia, dan sola scriptura, yang berarti "hanya iman", "hanya anugerah", dan "hanya Kitab Suci". Maksudnya, Luther menyatakan bahwa keselamatan manusia hanya diperoleh karena imannya kepada karya anugerah Allah yang dikerjakannya melalui Yesus Kristus, sebagaimana yang disaksikan oleh Kitab Suci. (Efesus 2:8-9 Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah,itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri.).


Dengan demikian, Luther menolak ajaran Gereja saat itu yang menjanjikan keselamatan melalui penjualan surat-surat pengampunan dosa (indulgensia). Luther menyatakan bahwa manusia diselamatkan bukan karena amal atau perbuatannya yang baik, melainkan semata-mata oleh karena anugerah Allah. Hal ini didasarkan pada perkataan Paulus dalam Surat Roma: "Akan tetapi Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita, oleh karena Kristus telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa." (Roma 5:8)





Gereja Lutheran mengakui dua sakramen: Pembaptisan dan Perjamuan Kudus. Katekismus Lutheran mengajarkan bahwa pembaptisan adalah karya Allah, berlandaskan perkataan dan janji Kristus; sehingga dilayankan baik bagi bayi maupun orang dewasa. Gereja Lutheran percaya bahwa roti dan anggur dalam perjamuan kudus adalah sungguh-sungguh tubuh dan darah Kristus yang dianugerahkan kepada umat Kristiani untuk dimakan dan diminum, yang diperintahkan oleh Kristus sendiri.

Banyak Kaum Lutheran yang melestarikan pendekatan liturgis terhadap Ekaristi. Komuni Kudus (atau Perjamuan Tuhan) dipandang sebagai tindakan sentral dari pemujaan Kristiani. Gereja Lutheran percaya bahwa roti dan anggur dalam perjamuan kudus hadir bersama dengan tubuh dan darah Yesus, bukannya menggantikan atau melambangkan tubuh dan darah-Nya belaka. Mereka mengaku dalam Apologi dari Pengakuan Augsburg:



Di dalam ajaran Roman Katolik , kitab Bible mereka mempunyai 73 buah buku. Dan bagi ajaran Protestan pula ada 66 buku. Terdapat 7 buah buku yang tidak diperakui oleh golongan Protestan sebagai contoh Tobit dan Baruch.  Perbezaan lain antaranya seperti dalam Katolik, Mary/Maria dianggap suci selari dengan fahaman Trinity , akan tetapi bagi golongan Protestan, Maria hanyalah manusia biasa yang melahirkan Jesus.


Berbanding dengan Protestan, Gereja Ortodoks juga mempunyai banyak perbezaan dengan Katolik akan tetapi lebih banyak persamaan dengannya. Di kalangan penganut Kristian, mereka cenderung menganggap bahawa perbezaan utama keduanya adalah  Gereja Ortodoks banyak menekankan ritual dan doa-doa dalam bahasa tertentu, terutamanya dalam bahasa Yunani Kuno atau bahasa Slavonik Kuno (Old Church Slavonik). Prinsip utama ibadah atau literasi yang dijalankan adalah supaya penganut-penganutnya dapat memahami dengan jelas. Oleh itu, Gereja Ortodoks menyokong usaha penterjemahan Kitab Suci ke bahasa setempat. Bahasa Yunani Perjanjian Baru (Koine) – bahasa asli Kitab Suci Perjanjian Baru – bahasa ini mendapat tempat yang istimewa dalam kehidupan di gereja.  Tambah lagi gereja Ortodoks lebih bersifat mistik. Gereja-gereja Ortodoks juga cenderung menjadi gereja nasional, contohnya Gereja Ortodoks Rusia, Yunani dan sebagainya.








Anglicanisme – Istilah Anglikan (dari bahasa Latin abad pertengahan Ecclesia, Anglicana bermaksud ‘Gereja Inggeris’) digunakan untuk menggambarkan orang-orang, badan-badan, dan gereja-gereja serta tradisi pemujaan dan konsep teologi yang dikembangkan oleh Gereja Inggeris, Komuniti Anglikan dan kelompok yang berasimilasi di atas gereja-gereja indipenden yang telah memisahkan diri mereka dari Komuniti Anglikan akibat daripada perbezaan-perbezaan doktrin dan pemujaan dengan berbagai provisi. Di beberapa tempat Anglikan juga dikenal sebagai Episkopal.



Komuniti Anglikan menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada Gereja yang Esa, Kudus, Katolik dan Apostolik dan bersifat Katolik dan pada masa yang sama ia juga bersifat Reformatoris. Bagi beberapa penganutnya, Gereja ini mewakili Katolisme tanpa pengaruh Paus , dan sebahagiannya  mewakili Protestanisme tanpa tokoh dominan seperti Martin Luther, Calvin, Knox atau Wesley. Bagi kebanyakan penganut Anglikan, identity diri mereka mewakili suatu kombinasi dari kedua-duanya. Komuniti ini secara teologinya merupakan asimilasi yang luas dan seringkali berubah rupa dari 38 provinsi yang berhubung dengan Bishop agung Canterbury. Komuniti Anglikan adalah salah satu komuniti Kristian yang mendominasi dunia dengan bilangan penganutnya yang berjumlah 73 juta orang.

Tujuh Persidangan Gereja yang Pertama  - Wikipedia (LIHAT BOLD WORD)




Tempoh agama Kristian daripada Persidangan Nicaea Pertama (325) hingga Persidangan Nicea Kedua (787) dinamakan sebagai tempoh Tujuh Persidangan Gereja.



1.       Persidangan Nicaea Pertama (325); tidak mengakui Arianisme dan Quartodecimanisme, menerima pakai Pengakuan Iman Nicea yang asal. Persidangan ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh gereja-gereja bukan triniti—Arianisme, Unitari, Mormon, dan Jehovah's Witnesses.



2.       Persidangan Constantinople Pertama (381); menyemak kembali Pengakuan Iman Nicea kepada bentuk yang digunakan sekarang di gereja-gereja Timur dan Ortodoks Orient dan melarang sebarang pindaan lanjut Pengakuan Iman tersebut tanpa persetujuan persidangan gereja.

3.       Persidangan Ephesus Pertama (431); tidak mengakui Nestorianisme, mengisytiharkan Maryam Perawan sebagai Theotokos(bahasa Yunani Η Θεοτόκος, "Pembawa Tuhan" atau lebih umum lagi "Ibu Tuhan").


4.       Catatan: Lihat Persidangan Gereja Keempat untuk mengetahui perbezaan dalam membuat penomboran bagi persidangan ini dan persidangan berikutnya.

        Persidangan Ephesus Kedua (449); menolak Nestorianisme. Pope Dioscorus mendapati Eutyches menjadi penganut Ortodoks. Dioscorus, bagaimana pun, mengisytiharkan kutukan terhadap Eutyches tidak lama selepas Persidangan Chalcedon. Persidangan ini tidak diiktiraf oleh golongan Chalcedon (golongan Katolik dan Ortodoks Byzantine).


        Persidangan Chalcedon (451); tidak mengakui doktrin monophysitisme ajaran Eutyches yang menggambarkan dan menggariskan dua zat al-Masihsebagai manusia dan tuhan; menerima pakai Pengakuan Iman Chalcedon. Bagi mereka yang menerimanya, ia adalah Persidangan Gereja Keempat (menamakan persidangan sebelumnya yang ditolak oleh persidangan ini sebagai "Synod Perompak"). Persidangan ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh Kommunion Ortodoks Orient. Persidangan ini tidak diterima oleh golongan Katolik sehinggalah Persidangan Lyon Kedua (1274).


5.       Persidangan Constantinople Kedua (553); mengesahkan keputusan-keputusan dan doktrin-doktrin yang dihuraikan oleh persidangan-persidangan sebelumnya, mengutuk tulisan-tulisan pengikut baru Arius, Nestor dan Monofisit, mendekrikan Theopaschite Formula.

6.       Persidangan Constantinople Ketiga (680–681; tidak mengakui Monothelitisme,mengesahkan bahawa al-Masih mempunyai kehendak kemanusiaan dan ketuhanan.


        Persidangan Quinisext (= Kelima dan Keenam) atau Persidangan di Trullo (692); lebih kepada persidangan pentadbiran yang mengangkat beberapa hukum gereja tempatan ke status gereja, menubuhkan prinsip-prinsip disiplin pendeta, dan menumpukan kanun Bible. Ia tidak dianggap sebagai satu persidangan dapat berdiri penuh di atas haknya sendiri kerana ia tidak memutuskan permasalahan doktrin. Persidangan ini diterima oleh Gereja Ortodoks Timur sebagai sebahagian daripada Persidangan Constantinople Ketiga, tetapi ditolak oleh golongan Katolik Rom.


    7. Persidangan Nicaea Kedua (787); pengembalian penghormatan terhadap ikon dan penamat ikonoklasme. Ia ditolak oleh beberapa mazhab Protestan yang sebaliknya lebih mengutamakan Persidangan Hieria (754) yang juga menggambarkan dirinya sebagai Persidangan Gereja Ketujuh dan telah mengutuk penghormatan terhadap ikon.


Paulus

Paulus ialah tokoh penting dalam agama Kristian. Nama asalnya ialah ‘Saul’ , merupakan hawari bagi agama Kristian. Paul atau Paulus adalah gelarannya.

Michael H. Hart dalam dalam buku 100 Orang Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah meletakkan Paulus di tempat ke-6 selepas Nabi Muhammad dan Jesus/Nabi Isa.[1]

Biodata

Paulus adalah seorang Yahudi dan lahir di Tarsus , di tanah Kilikia, berguru dengan Gamaliel. Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati segenap kaum itu dan ia seorang Farsi. Paulus sendiri menyatakan dirinya keturunan Rom. Paulus mati pada 64 m , di zaman Kaisar Nero . ( []Kisah Rasul-Rasul]] 22;2-3 ; 5:43 ; 22: 28 ; 7 : 55 ). Tarsus terletak di Istanbul / Constantinople ,Turki kini.

Riwayat hidup Paulus diceritakan panjang lebar dalam Kisah Rasul-Rasul. Isi Kitab Rasul-Rasul ini menceritakan segala ajaran dan kisah yang berhubungan dengan Paulus dan hal-hal ajaib yang telah dikerjakannya.

Sarjana Kristian menyatakan Kisah Rasul-Rasul ini dikarang oleh Lukas , seorang pengikut Paulus. Lukas adalah tabib yang disayangi oleh Paulus. Injil Lukas juga ditulis oleh Lukas. Oleh itu, tidak hairan jika pengikut Paulus memuji -muji Paulus. [2]

Paulus memasukkan ajaran Philo

Paulus telah menyelit dan memasukkan fahaman dan ungkapan baru ke dalam gereja. Antaranya ialah ‘Anak sulung Tuhan , Pengantara antara Tuhan dan manusia , Gembala yang baik, Bayang-bayang Tuhan, Roti kehidupan , Yang suci , Kurnia Tuhan kepada manusia selaku penebusan dosanya , Imam Besar, Tuhan yang kedua , Pemberi air hidup yang kekal , Yang duduk di sebelah kanan Tuhan , Tuhan satu yang bersifat tiga, Yang anak itulah yang kedua daripada tiga-tiga yang suci.

Semua ungkapan baru ini amatlah nyaman dan aneh didengar tetapi ramai tidak memahaminya .

Philo ialah ahli falsafah yang hidup 100 tahun lebih awal daripada penulis-penulis Injil. Paulus dikatakan murid Philo dan Plato , bukan murid Jesus. [3].

Ajaran Paulus menjadi sumber Ajaran Jesus

Paulus dikatakan banyak menulis surat kepada pelbagai pihak. 14 surat-surat Paulus telah ditetapkan sebagai kanon . 2 kitab iaitu Injil Lukas dan Kisah Rasul-Rasul dijadikan kanon juga. Oleh itu jadilah ajaran-ajaran yang bersumberkan Paulus menjadi ajaran-ajaran agama Kristian yang selanjutnya disebut ajaran-ajaran Jesus.

Paulus menyelewengkan ajaran Jesus

Paulus adalah seorang yang amat memusuhi agama yang diajarkan oleh Jesus dan para pengikutnya. Dia tidak belajar kepada Jesus sendiri. Kemudian tiba-tiba dia mengaku bertaubat dan mengaku pula menjadi rasul Jesus. Paulus mendakwa berjumpa dengan Jesus di pertengahan jalan ke Damsyik lalu bertaubat dan dilantik sebagai rasul. Damsyik ialah ibu negara Syria kini.

Akhirnya bagi orang Kristian , Paulus diakui sebagai rasul Jesus yang dipenuhi Roh Kudus. Empat belas surat keterangannya dimasukkan dalam golongan kitab-kitab Perjanjian Baru dan dianggap sebagai kanon dan kitab suci.

Ramai pengakaji mendakwa Paulus sebagai penyeludup ke dalam agama Kristian dan mengaku menjadi pengikut Jesus untuk menyelewengkan Kristian dari dalam, ,mengubah isi dan bentuk ajaran Kristian yang asli. Pengkaji mendakwa dasar-dasar Kristian sekarang adalah hasil bikinan Paulus , bukan ajaran Jesus.

St Barnabas dalam Injil Barnabas mendakwa Paulus termasuk golongan sesat . Dia melihat ramai orang yang mengajarkan pengajaran yang mengkafirkan, mengatakan Al Masih sebagai anak Allah, menghapuskan bersunat yang diperintahkan oleh Allah untuk selama-lamanya dan menghalalkan semua daging yang najis. (Barnabas Pendahuluan 1-9 ; pasal 222:1-6).

Paulus menzalimi pengikut Kristian

Paulus mulanya sangat memusuhi agama yang dibawa oleh Jesus dan pengikutnya.

Saul / Paulus menyebarkan ugutan bunuh terhadap sesiapa yang menganut agama Kristian. Paulus mendapat surat-surat kuasa daripada Imam Besar Yahudi di negeri Damsyik . Jika ditemui lelaki dan perempuan berugama Kristian akan diikat dan dibawa ke Jerusalem. ( Kisah Rasul-Rasul 9:1-2)

Paulus mendakwa dirinya telah bertaubat

Tiba-tiba Paulus mendakwa dirinya bertaubat ketika dalam perjalanan ke Damsyik untuk menangkap dan memenjara pengikut Kristian .

Ini kerana Paulus telah berjumpa dengan Jesus orang Nazaret berhampiran kota Damsyik. Di sana, Ananias seorang yang percaya kepada Yesus mencadangkan Paulus dibaptiskan, menyucikan diri dan menyeru nama Jesus. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 22: 6-21).

Paulus mengaku menjadi rasul

Setelah kejadian bertemu Jesus seperti di atas, Paulus mengaku menjadi rasul Jesus. Sedangkan Jesus tidak pernah diketahui orang telah melantik/mengangkat Paulus menjadi rasul. Hanya Paulus menyatakan dirinya telah diangkat Jesus menjadi rasul.

Dirinya tidak kurang daripada rasul-rasul yang utama. Selepas kejadian di atas, Paulus cuba hendak berkawan dengan murid-murid Jesus tetapi mereka takut kepadanya dan tidak percaya Paulus adalah murid Jesus. Mereka tahu Paulus dari Tarsus itu amat bencikan Jesus dan murid-muridnya.

Tetapi St Barnabas mendekatinya dan membawa Paulus kepada murid-murid Jesus. Namun selepas itu Paulus berselisih pendapat dengan Paulus. (Korintus 11:5 ; Kisah Rasul-Rasul 9: 22-27 ; 15:39 )

Paulus mendakwa Injil yang diajarnya diterima langsung dari Jesus

Paulus sebenarnya tidak pernah berguru kepada Jesus dan tidak pernah berbicara dengan Jesus. Akan tetapi dia mengajar suatu Injil yang disebutnya diterima langsung daripada Jesus. ( Galatia 1:11-120)

Paulus sendiri mendakwa Injil yang diajarnya tidak diterima daripada rasul-rasul dan murid-murd Jesus. Tetapi diterima langsung daripada Jesus dengan perantaraan wahyu, sedangkan Jesus tidak ada lagi di kalangan mereka.

Bagi orang Islam, Jesus atau Nabi Isa hanyalah seorang Nabi bukan Tuhan.

Injil Paulus berbeza dengan injil-injil lain

Paulus menyatakan Injil yang dibawanya berlainan daripada Injil yang dibawa oleh guru-guru lain. ( Galatia 1:6-9) . Paulus amat marah melihat pengikut-pengikutnya berpaling kepada Injil lain.

Jesus pada Paulus sangat berbeza

Pada ketika itu ada guru-guru lain menceritakan riwatat Jesus yang berlainan daripada gambaran oleh Paulus .(2 Korintus 11:4-5). Paulus menyatakan dirinya tidak terkurang daripada ‘rasul-rasul yang utama’. Ini bermakna Paulus rasa tercabar dan dicabar oleh guru-guru lain yang turut mengajar tentang Injil.

Kisah Paulus taubat sangat berbeza-beza

Drs M.E Duyverman menyatakan terdapat pertentangan nyata antara Galatia pasal 1 dan 2 dengan Kisah Rasul-Rasul. Skar sekali menacari titik kesesuaian.[4]

Paulus dimusuhi oleh orang Yahudi

Paulus akhirnya menjadi orang yang amat dimusuhi oleh orang Yahudi dan mereka mahu membunuhnya. ( Kisah Rasul-Rasul 9:20-25). Sewaktu Paulus di Damsyik , Di dalam rumah sembahyang di Damsyik , Paulus menyebarkan berita bahawa Jesus itu anak Allah dan Jesus itu Kristus. Selang beberapa hari, orang-orang Yahudi berpakat mahu membunuhnya. Tetapi Paulus diselamatkan oleh murid-mujridnya dan dibawa ke Jerusalem.

Terjadi lagi perselisihan pendapat antara Paulus dan St Barnabas sehingga mereka berpisah. ( Kisah Rasul-Rasul 15:39). Paulus cuba berdamping dengan orang-orang kafir iaitu orang tidak berbangsa Israel.

Paulus mengaku dirinya rasul kepada orang-orang kafir

Jesus hanya disuruh mengembangkan Kristian kepada bangsa bani Israel yang ‘sesat’ ( Injil Matius 15:24, ). Jesus melarang murid-muridnya pergi mengajar kepada orang-orang kafir dan janganlah kamu masuk ke negeri Samaria.( Injil Matius 10:5-6).

Ayat yang menyatakan Jesus menyuruh mengajar juga kepada bukan bangsa Israel adalah ‘ayat tambahan’.(ms 61)

Akan tetapi Paulus mengakui dirinya sebagai pengikut Jesus telah pergi mengajar kepada orang-orang kafir ( Galatia 2:7-80. Bani Israel yang menganut agama Yahudi mengamalkan amalan bersunat. Sementara orang yang tidak bersunat dianggap sebagai kafir.

Paulus menghapuskan bersunat

Amalan bersunat amat penting dalam agama Yahudi. St Barnabas menyatakan Paulus telah menghapuskan amalan bersunat untuk selama-lamanya. Sedangkan amalan bersunat patut dikekalkan sebagai perjanjian kekal dengan Tuhan.( Kejadian 17:9-14).Sesiapa yang tidak bersunat dianggap cuba mengubah perjanjian Tuhan. Perintah ini dilakukan oleh anak cucu Nabi Ibrahim hingga ke hari ini. Jesus sendiri mengamalkan amalan bersunat .

Tetapi Paulus membatalkan amalan bersunat ( Galatia 5;20 , Lukas 2;21 , 1 Korintus 7:18-19). Paulus menyatakan hal itu kepada sidang rasul-rasul di Jerusalem pada tahun 48. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 15). Paulus mencadangkan sunat digantikan dengan baptis dan kekal hingga ke hari ini. ( Kol 2:11,12)

Paulus menghalalkan daging yang najis

St Barnabas telah menceritakan Paulus telah menghalalkan daging yang najis ( Barnabas 6). Sebelumnya ada beberapa binatang yang najis dan tidak boleh dimakan seperti babi, bangkai dan lain-lain. ( Imamat pasal 11 dan Jchezkiel 4;14).

Tetapi Paulus telah menghalalkan babi , bangkai dan lain-lain ketika menghantar surat kepada orang-orang Rom.( Rom 14:4 dan 20 , Titus:1:15, 1 Korintus 6:12)

Jadi Paulus telah menghalalkan segala sesuatu yang najis dan dilarang makan dalam Perjanjian Lama. Golongan Kristian Adventis mempunyai pendapat tersendiri dalam hal ini.

Paulus membatalkan Taurat Musa

Jesus datang tidak hendak merombak hukum Taurat tetapi hendak menyempurnakannnya Sesiapa yang merombak hukum Taurat akan dipandang kecil di dalam kerajaan syurga ( Injl Matius 5:17-19).

Tetapi Paulus menganggap hukum Taurat itu telah dibatalkan kerana sangat lemah dan tidak berguna kepada manusia. ( Ibrani 7:18-19 ; Ibrani 8:7)

Pastor Rifai menyatakan Taurat itu terbahagi 2 :

Taurat Allah yang diucap dan ditulis Allah sendiri ( Keluaran 24:12, 31:18) . Dan Taurat Musa yang diucapkan dan ditulis oleh Nabi Musa sendiri ( Ulang 31: 1,2 9). Taurat Allah diletakkan dalam peti perjanjian ( Keluaran 25 : 16, 21, Ibrani 9: 2, 4). Dan Taurat Musa diletakkan di luar peti perjanjian . ( Ulangan 31:25,26). Taurat Musa sudah dihapuskan (Ibrani 10:1-6 . Taurat Allah ( 10 hukum ) itu kekal. (Matius 5 ; Mazmur 119:14, 165).

Paulus mengajarkan dosa waris

Paulus mengajarkan bahawa semua manusia adalah berdosa iaitu dosa yang diwariskan kepada mereka dari Adam , kerana Adam telah berdosa sebab memakan buah yang terlarang. (surat kiriman Paulus kepada orang Rum 5:12 dan 5:18) .

Tebus dosa manusia dengan darah dan pengorbanan Jesus

Paulus mengajarkan bahawa kematian Jesus di atas kayu salib adalah untuk penebusan dosa manusia. ( Surat Paulus kepada Epesus 1:7, Surat Paulus kepada orang Kolosi 1:140 , Surat Paulus kepada orang Ibrani 9:28, Epesus 5:2 , Galatia 1:-4).

Paulus mengajarkan Jesus sebagai pengantara

Paulus menyatakan jawatan Jesus adalah menjadi pengantara. ( Ibrani 8:6 ; 12:24 ).

Paulus mengajarkan Jesus bayangan Tuhan

Paulus mengajarkan bahawa Jesus menjadi bayangan Tuhan dan ia terlebih dahulu dari segala makhluk dan ia menjadikan segala sesuatu di langit dan di bumi. ( Kolose 1:15-17).

Ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir

Akhirnya ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir, bukan di kalangan bangsa bani Israel. Ini kerana Paulus telah bekerja sungguh-sungguh dan pergi jauh ke pedalaman dan luar daerah. Paulus dikatakan telah berjalan kaki sejauh 7800 km – 9000 km. Perjalanannya tanpa kapal terbang atau apa-apa kenderaan. [5]

Paulus menghalalkan cara demi tujuan

Paulus membenarkan seseorang menjadi Yahudi agar akhirnya orang Yahudi itu menjadi Kristian. Jika dia berhadapan dengan Yahudi, dia akan menjadikan dirinya seperti orang Yahudi. Jika dia berhadapan dengan orang yang mengamalkan hukum Taurat, dia akan berpura-pura mengamalkan hukum Taurat.. “Maka segala sesuatu halal bagiku”. ( I Korintus 9: 20-22 ; 6:12 ; Rum :7). Paulus mengangap berdusta itu tidak salah jika dengan dusta itu kebenaran Allah melimpah kepada kemuliaan.

Falsafah ini diamalkan oleh Machiavelli.

Paulus mampu melakukan perkara pelik

Paulus dianggap rasul kerana telah melakukan perkara pelik umpama mukjizat atau dianggap mukjizat..

Tetapi Injil Matius sendiri menyatakan ada Kristus palsu dan nabi palsu akan muncul dengan mengadakan perbuatan dan pertunjukan yang pelik-pelik. Perkara yang pelik-pelik tidak dapat dijadikan bukti akan kebenaran seseorang rasul. ( Injil Matius 24:24).

Perlu diingat Kisah Rasul-Rasul dikarang oleh Lukas iaitu seorang pengikut Paulus. Lukas tidak melihat semua yang dilakukan oleh Paulus dan tidak mengikut perjalanan Paulus sejauh 7800 km itu. Mungkin Paulus mereka-reka cerita akan kehebatannnya . Yang pasti Lukas banyak mengunakan cerita-cerita lisan untuk tulisannya khususnya dari Paulus yang dikutinya hingga ke penjara. [6]

Paulus setanding Abdullah bin Sabak

Zaman Nabi Muhammad juga muncul orang Yahudi berpengaruh bernama Abdullah bin Sabak. Dia menyamar sungguh-sungguh sebagai seorang Islam yang alim. Beliau seorang pendeta Yahudi . Beliau turut menghidupkan api perang antara Ali Abi Talib dengan Muawiyah. Abdulah bin Sabak memihak kepada Ali , membela Ali dan kaum kerabat Nabi Muhamad. Dengan itu ramai orang tertarik kepadanya.

Abdullah bin Sabak akhirnya mengatakan dalam ajarannya bahawa Ali Abu Talib itu Tuhan. Menurut ajarannya , roh Allah bertempat dalam tiap-tiap Nabi. Setelah Muhamad wafat, roh itu pindah kepada Ali Abi Talib. Kemudian pindah lagi kepada anak-anaknya yang menjadi Imam.

Ketika Abdullah bin Sabak dan pengkutnya bertemu Ali, beliau berkata ‘Engkau Tuhan’, ‘Engkau Dia’. Ali amat gelisah dan menghidupkan api untuk membakar mereka. Tetapi mereka menyambut dengan ‘Kini nampaklah kepada kami kebenaran bahawa dia Allah , kerana yang menghukum orang dengan Api hanya Allah’.

Semasa Ali menjadi Khalifah , pernah hendak menghukum mati ke atas Abdullah bin Sabak. Terapi ramai menghalang kerana jasanya membela keluarga Nabi Muhamad. Jadi Abdullah diasingkan ke Madain .Usaha Abdulah bin Sabak masih berterusan tapi berjaya dibendung .

Sejarah ajaran Paulus


  Paulus adalah suatu nama yang amat penting apabila bercakap tentang Kristian. Kerana nama Kristian itu sendiri dicetuskan oleh Paulus. Maka tidak ada alasan mengapa kita tidak perlu berbicara tentang Paulus / Paul itu. Kerana ayat-ayat ajarannya di dalam Bible begitu menyeleweng dari ajaran sebenar yang disampaikan oleh Yesus / Nabi Isa a.s.

Mari kita telusuri serba sedikit tentang sejarah siapa itu Paulus. Paulus berasal dari Tarsus (di Turki), kaki tangan penjajah Romawi / Rome dan Yunani ke atas bangsa Palestine. Ayahnya merupakan seorang Yahudi manakala ibunya adalah Yunani, sehingga pelajaran tentang agamanya diperolehi dari gabungan kepercayaan Yahwe dan Helenisme. Adalah dicatatkan bahawa Paulus tidak disayangi oleh ayahnya , maka dia telah memusuhi ayahnya termasuklah kepada bangsa dan agama ayahnya. Kerana itulah dalam ajaran-ajaran Paulus, beliau mencuci bersih orang-orang Yahudi sehingga kepada Taurat mereka sekali.

Ajaran-ajaran Paulus adalah sejumlah 14 surat yang terkandung dalam Perjanjian Baru iaitu ;

Matius , Markus, Lukas, Yohanes, Kisah, Roma, 1Korintus, 2Korintus, Galatia, Efesus, Filipi, Kolose, 1Tesalonika, 2Tesalonika

Dan mari kita tengok kata asal Kristian itu dari Bible dalam Surat Galatia

Galatia 2:16 “Kamu tahu, bahwa tidak seorangpun yang dibenarkan oleh karena melakukan hukum Taurat, tetapi hanya oleh karena iman dalam Kristus Yesus. Sebab itu kami pun telah percaya kepada Kristus Yesus, supaya kami dibenarkan oleh karena iman dalam Kristus dan bukan oleh karena melakukan hukum Taurat. Sebab: “tidak ada seorangpun yang dibenarkan” oleh karena melakukan hukum Taurat.”

Perkataan Kristus itu dalam bahasa Indonesia manakala dalam English nya seperti ayat di bawah

016: Knowing that a man is not justified by the works of the law, but by the faith of Jesus Christ, even we have believed in Jesus Christ, that we might be justified by the faith of Christ, and not by the works of the law: for by the works of the law shall no flesh be justified.

Itulah puncanya diambil perkataan Christian, yang dalam bahasa Melayunya Kristian. Dan kata2 siapakah itu? Tidak lain tidak bukan PAULUS yang Kristian agung2 kan itu.

Sedangkan mengikut pakar sejarah, Paulus bukan pun anak murid Yesus malah tidak pernah bertemu Yesus pun. Malah apa yang dia lakukan adalah berkepentingan kepada kerajaan Rome, yang mahu menjaga hati rakyat dan bagi rakyat mengikut dan mentaati mereka.

Setelah ketiadaan Yesus, Paulus mengaku bertaubat dan mengaku sebagai Rasul. Padahal Yesus sendiri tidak pernah memperkatakan tentang dirinya dan tidak pernah mengenalinya. Kecuali namanya dipromosikan melalui kitab propaganda karangan pengarang ‘Lukas’ yang diberi nama ‘Kisah Para Rasul’.

Lukas ialah doktor peribadi kepada Paulus. Oleh kerana itu, ajaran-ajaran dalam surat Lukas juga adalah dipengaruhi oleh ajaran Paulus. Ini dapat dibuktikan dalam tulisannya pada kisah rasul- rasul, dimana jelas nampak kecenderungannya untuk mengangkat-angkat nama Paulus, bahkan murid ini setengah mengkultus dan mendewakannya. Lukas menyusun Injilnya berdasarkan kepada Markus-tua atau Ur Markus.

Sedangkan Markus sendiri bukannya orang yang dikenali. Matius menulis Injilnya berdasarkan juga kepada Ur Markus, jadi Matius pun juga menciplak. Itulah sebabnya dalam Injil-injil Matius, Markus dan Lukas banyak sekali dijumpai kalimat-kalimat atau perkataan-perkataan yang sama, disamping pertentangan-pertentangan yang ada.

Paulus tidak pernah bertemu Yesus tetapi mengatakan bahawa kitab yang dia tulis itu adalah diterimanya sendiri dari yesus. Seperti ayat di bawah dalam surat Galatia;

Galatia 1:12 “ Karena aku bukan menerimanya dari manusia, dan bukan manusia yang mengajarkannya kepadaku, tetapi aku menerimanya oleh penyataan Yesus Kristus.”

Di sini terdapat kekeliruan tentang Injil yang mana yang dia terima. Jika maksudnya adalah Injil Kanonik yang ditulis oleh 4 penulis itu, maka ianya bersalahan sekali dengan fakta. Kerana keempat-empat penulis itu menulis setelah lama Yesus diangkat ke langit.

Mereka tidak menulis ketika Yesus masih ada. Dan sebagaimana yang ditulis dalam keempat injil Kanonik, bahawa Yesus diutus oleh Allah S.w.t untuk menyampaikan ajaran kepada umat sesat Israel. Bagaimana mungkin Paulus menerima WAHYU dari Yesus dan menjadi rasul sedangkan Yesus sendiri adalah seorang Rasul Allah.

Dan lihatlah lagi dalam ayat-ayat berikutnya yang kononnya dia telah dilantik oleh Yesus untuk melaksanakan ajarannya

Galatia 1:14 “Dan di dalam agama Yahudi aku jauh lebih maju dari banyak teman yang sebaya dengan aku di antara bangsaku, sebagai orang yang sangat rajin memelihara adat istiadat nenek moyangku.”

Galatia 1:15 “Tetapi waktu Ia, yang telah memilih aku sejak kandungan ibuku dan memanggil aku oleh kasih karunia-Nya,”

Galatia 1:16 “berkenan menyatakan Anak-Nya di dalam aku, supaya aku memberitakan Dia di antara bangsa-bangsa bukan Yahudi, maka sesaatpun aku tidak minta pertimbangan kepada manusia;”

Galatia 1:17 “juga aku tidak pergi ke Yerusalem mendapatkan mereka yang telah menjadi rasul sebelum aku, tetapi aku berangkat ke tanah Arab dan dari situ kembali lagi ke Damsyik.”

Seluruh ajaran Paulus bertentangan dengan misi dan tugas kerasulan Yesus yang terbatas hanya untuk umat Israel. Manakala penyelewengannya yang lain dalam Korintus

Korintus 8:6 “namun bagi kita hanya ada satu Allah saja, yaitu Bapa, yang dari pada-Nya berasal segala sesuatu dan yang untuk Dia kita hidup, dan satu Tuhan saja, yaitu Yesus Kristus, yang oleh-Nya segala sesuatu telah dijadikan dan yang karena Dia kita hidup.”

Perkataan Christ / Kristus itu hanya dimulai oleh PAULUS. Tidak pernah wujud pun pada zaman Yesus masih ada di muka bumi ini. Dan menurut ayat itu juga bahawa Yesus itu adalah Tuhan. Padahal Yesus / Isa a.s hanyalah seorang Rasul ALlah, dia hanya menyampaikan WAHYU dari ALLAH. Dan dalam Injil-injil Kanonik sendiri menyatakan bahawa Yesus hanyalah Rasul Allah kepada umat Israel.

ULANGAN 4:35 “Engkau diberi melihatnya untuk mengetahui, bahwa Tuhanlah Allah, tidak ada yang lain kecuali Dia. “

MATIUS 15:24 Jawab Yesus: “Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel.”

MARKUS 12:29 Jawab Yesus: “Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.

Paulus juga telah mengubah HUKUM bersunat, yang mana dia mengatakan bersunat tidak penting

1 KORINTUS 7:19 “Sebab bersunat atau tidak bersunat tidak penting. Yang penting ialah mentaati hukum-hukum Allah.”

Ianya berbeza sama sekali dengan perjanjian lama

KEJADIAN 17:14 “Dan orang yang tidak disunat, yakni laki-laki yang tidak dikerat kulit khatannya, maka orang itu harus dilenyapkan dari antara orang-orang sebangsanya: ia telah mengingkari perjanjian-Ku.”

Mari kita pergi secara ringkas tentang penebusan dosa pula, seperti mana yang diajar oleh PAULUS,

GALATIA 3:13 “Kristus telah menebus kita dari kutuk hukum Taurat dengan jalan menjadi kutuk karena kita, sebab ada tertulis: “Terkutuklah orang yang digantung pada kayu salib!””

Menurut ajaran Paulus di atas, bahwa Yesus disalib adalah untuk menebus dosa2 manusia. Dan penebusan dosa itu adalah BERTENTANGAN sama sekali dengan kandungan Taurat / Perjanjian Lama

YEHEZKIEL 18:20 “Orang yang berbuat dosa, itu yang harus mati. Anak tidak akan turut menanggung kesalahan ayahnya dan ayah tidak akan turut menanggung kesalahan anaknya. Orang benar akan menerima berkat kebenarannya, dan kefasikan orang fasik akan tertanggung atasnya.”

MARKUS 10:14 “Ketika Yesus melihat hal itu, Ia marah dan berkata kepada mereka: “Biarkan anak-anak itu datang kepada-Ku, jangan menghalang-halangi mereka, sebab orang-orang yang seperti itulah yang empunya Kerajaan Allah. (lihat juga MATIUS 19:14).”

Menurut Yehezkiel, setiap orang akan menanggung akibat perbuatannya masing2. Bahkan menurut Yesus sendiri, anak2 adalah pemilik kerajaan syurga, yang bererti keadaan mereka adalah suci tanpa dosa. Sama dengan konsep dalam Islam yang di ajar oleh Nabi Muhammad S.a.w. Ini lah yang dikatakan bahawa Muhammad juga membawa ajaran yg sama dengan Yesus, tetapi PAUL telah menodainya.

Dan ayat yang paling mengarut dari PAULUS yang boleh menimbulkan salah faham banyak pihak

KORINTUS 6:12 “Segala sesuatu halal bagiku, tetapi bukan semuanya berguna. Segala sesuatu halal bagiku, tetapi aku tidak membiarkan diriku diperhamba oleh suatu apa pun.”

Ini lah yg menular banyak ke dalam fahaman barat dari dulu hingga sekarang, yang mana sudah banyak bercelaru, kerana terlampau banyak perkara HARAM menjadi HALAL. Apa lagi jika bukan kerana PAULUS yang mereka cipta agama baru yang bernama KRISTIAN??

Berikut merupakan beberapa lagi ajaran Paulus yang ternyata menyeleweng dari ajaran Yesus;

I Korintus 1:3 “Ia mengajarkan bahwa Tuhan bukan satu tetapi dua, yaitu Allah Bapa dan Allah Anak.”

“Yesus telah disalib, mati dan dikuburkan, bangkit pula pada hari yang ketiga, duduk disebelah kanan Allah Bapa yang maha kuasa. Ia disalib adalah untuk menebus isi dunia ini, sebab sekaliannya telah berdosa, tidak ada seorangpun yang dibenarkan lagi, termasuk dia sendiri dan nabi besar Muhammad s.a.w.” Rum 3:10, Rum 5:8, Galatia 1:4

Paulus mengajarkan bahawa hukum Taurat sudah tidak berlaku lagi, sejak penyaliban Yesus di bukit Golgotha. Ia kemudian berpendapat, bahawa hukum Musa adalah sebenarnya sumber segala dosa, dan suatu kutukan yang tiada taranya. (Rum 4 :15, Galatia 3:10, Galatia 2:21). Didalam Galatia 5:4 ia mengatakan: Maka kamu yang hendak dibenarkan oleh Taurat Musa itu, sudah diceraikan daripada Kristus. Juga dalam Rum 7:6, Galatia 3:24 dan 25, Rum 10:4 : Ia menekankan bahawa Yesus itulah penyudah atau penamat Taurat. kecualinya ia halal ataukah haram. (Kisah rasul-rasul 10:10-15)

Pengakuan tentang apa bangsa Paulus sendiri bercanggah-canggah antara satu sama lain. Sekejap Paulus kata dia adalah orang Rom, sekejap dia kata orang Yahudi dan pada ayat yang lain pula dia mengatakan bahawa dia orang Farisi / Parsi. Mari kita lihat ayat-ayat berikut;

Kisah 16:38 “ Pejabat-pejabat itu menyampaikan perkataan itu kepada pembesar-pembesar kota. Ketika mereka mendengar, bahwa Paulus dan Silas adalah orang Rom, maka takutlah mereka.”

Kisah 22:3. “”Aku adalah orang Yahudi, lahir di Tarsus di tanah Kilikia, tetapi dibesarkan di kota ini; dididik dengan teliti di bawah pimpinan Gamaliel dalam hukum nenek moyang kita, sehingga aku menjadi seorang yang giat bekerja bagi Allah sama seperti kamu semua pada waktu ini.”

Kisah 23:6. Dan karena ia tahu, bahwa sebagian dari mereka itu termasuk golongan orang Saduki dan sebagian termasuk golongan orang Farisi, ia berseru dalam Mahkamah Agama itu, katanya: “Hai saudara-saudaraku, aku adalah orang Farisi, keturunan orang Farisi; aku dihadapkan ke Mahkamah ini, karena aku mengharap akan kebangkitan orang mati.”

Ketahuilah bahawa Paulus lah yang mencetuskan konsep Trinity dan Kristian. Trinity tidak akan wujud tanpa Paulus kerana dia lah orang yang bertanggungjawab mengangkat Yesus sebagai Tuhan dan kemudiannya diimani oleh sebahagian besar pengikut Kristian. Mereka semua menjadi mangsa penyelewengan aqidah yang dilakukan oleh Paulus.

.

Tambahan

Perhatikan baik2 pada kata2 PAULUS ini

Filipi 3:8 Ya, segala sesuatu yang lain tidak berharga, bila dibandingkan dengan besarnya keuntungan yang saya peroleh dari pengenalan akan Kristus Yesus, Tuhan saya. Saya telah mengesampingkan segala sesuatu yang lain dan menganggapnya sampah, supaya saya dapat memiliki Kristus serta
3:9 menjadi satu dengan Dia. Saya tidak lagi menggantungkan keselamatan saya pada perbuatan baik atau ketaatan kepada hukum Allah, melainkan kepada kepercayaan bahwa Kristus menyelamatkan saya, sebab Allah membenarkan kita di hadapan hadirat-Nya atas dasar iman kita, yaitu berharap hanya kepada Kristus saja.


.
Lihatlah BETAPA BERANINYA Paulus berkata demikian. Sedangkan Yesus sendiri perintah kan supaya berbuat baik dan beramal ibadat dan JANGAN UBAH HUKUM TAURAT kerana dia datang bukan untuk MENGUBAH Taurat.

Tetapi paulus dengan beraninya mengatakan dia TIDAK lagi menggantungkan keselamatan dia pada perbuatan baik atau ketaatan pada HUKUM ALLAH

Jika TAAT pada HUKUM ALLAH tidak penting, nak TAAT pada HUKUM siapa lagi??

.
Lihatlah bahasa yang PAULUS sendiri gunakan. Dan dia mengatakan orang2 jahat yang menyuruh khitan.

Filipi 3:2 Waspadalah terhadap orang-orang jahat – mereka saya namakan anjing-anjing yang berbahaya – yang mengatakan bahwa untuk diselamatkan Saudara harus dikhitan.

.
Tengok ni dia JELAS MENGUBAH HUKUM TAURAT!!!

Taurat mewajibkan KHITAN , tiba2 datang Paulus mengatakan

Filipi 3:3 Sebab bukannya pengeratan tubuh kita yang menjadikan kita anak-anak Allah, melainkan penyembahan kepada Dia dengan roh kita. Itulah satu-satunya “khitan” yang benar. Kita orang Kristen bersukacita karena hal-hal yang dilakukan oleh Kristus Yesus untuk kita dan kita sadar bahwa kita tidak mampu menyelamatkan diri sendiri.

.
Sesuatu yang lain dari percaya kepada Yesus adalah SAMPAH sahaja bagi Paulus, termasuk HUKUM TAURAT lah agaknya tuu

Filipi 3:8 Ya, segala sesuatu yang lain tidak berharga, bila dibandingkan dengan besarnya keuntungan yang saya peroleh dari pengenalan akan Kristus Yesus, Tuhan saya. Saya telah mengesampingkan segala sesuatu yang lain dan menganggapnya sampah, supaya saya dapat memiliki Kristus serta


.

“Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang (Yahudi & Kristian) yang menulis Alkitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: ‘Ini dari Allah’, untuk memperolehi keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan.” Surah Al Baqarah : Ayat 79

Siapakah Hawariyyun Nabi Isa a.s?



1. Allah berfirman  QS Ali Imran ayat 52 :

فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَى مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ آمَنَّا بِاللَّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ (٥٢)

52. maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui Dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:” siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?”. orang-orang “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: “Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (Wahai Nabi Allah) Sesungguhnya Kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).

2. Allah berfirman  QS  Ash Shaff  ayat 14 :



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ (١٤)

14. Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang.

3. Ibn Katsir didalam Kisah Para Nabi memetik Muhammad bin Ishaq berkata :

1.Bahawa Nabi Isa berdoa kepada Allah S.W.T. agar melambatkan ajalnya dengan maksud dapat menyampaikan risalah dan menyempurnakan dakwah, agar ramai orang dapat masuk ke dalam agama Allah. Dikatakan bahawa di sisi beliau terdapat 12 orang lelaki dari kaum Hawari, iaitu

Peter@Petrus atau namanya yang sebenar adalah Simon (atau dalam bahasa Aram beliau disebut Kef@Simon Bar Yokhanan)
Yakobus anak Zebedeus,
Yohanes saudara Yakobus,
Andreas anak al-Feus,
Filipus,
Bartolomeus,
Matius,
Tomas,
Yakobus anak al-Feus,
Tedeus,
Fitiatius (Simon orang Zelot)
dan Yudar Iskariot (pengkhianat)- Dia inilah yang menunjukkan orang-orang Yahudi terhadap Nabi Isa.
2.Ibni Ishaq berkata bahawa di antara mereka terdapat seorang lelaki lain yang bernama Sargius yang dirahsiakan oleh orang-orang Nasrani. Dia inilah orang yang diserupakan dengan Nabi Isa lalu disalib atas namanya.

3.Ibnu Ishaq berkata bahawa sebahagian orang-orang Nasrani beranggapan bahawa orang yang disalib atas nama Nabi Isa al-Masih dan diserupakan dengannya adalah Yudas Iskariot. Wallahu a’lam.

4. Ibn Katsir didalam Kisah Para Nabi memetik Ibnu Jarir menyebutkan dari Ibnu Ishaq bahawasanya:

1.Nabi Isa sebelum diangkat ke langit telah berwasiat kepada kaum Hawari agar mengajak umat manusia kepada menyembah Allah semata, tiada sekutu bagiNya dan dia telah menentukan setiap orang dari mereka kepada sekelompok orang dalam salah satu daerah di Syam, negeri-negeri timur mahupun barat. Mereka menyebutkan bahawa setiap orang dari mereka dapat berbicara dengan bahasa setempat yang mendapat kiriman da’i dari al-Masih.

2.Tidak hanya seorang menyebutkan bahawa Injil diriwayatkan dari beliau oleh 4 orang: Lukas, Matius, Markus dan Yohanes. Di antara Injil-injil yang empat ini terdapat banyak perbedaan dengan dibandingkan antara satu naskah dengan naskah yang lain. Juga tambahan-tambahan yang banyak dan kekurangan dengan dibandingkan kepada lainya. Empat orang penulis lnjil ini, yang dua termasuk orang yang menyusul di belakang al-Masih dan yang dua di antaranya termasuk sahabat-sahabat beliau.

5. Mengenai Hawariyyun Wkikipidia melapurkan seperti berikut :

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pakar-pakar sejarawan seperti Ibnu Kathir, Imam Qurtubi, serta kitab-kitab Qisasul Anbiya’ telah dijelaskan bahawa Nabi Isa Al-Masih (Jesus Christ) mempunyai 12 orang sahabat. Dalam Quran mereka digelar sebagai Al-Hawariyun (الحواريون). Masyarakat Kristian pula menggelar mereka 12 diciples. Anggota Al-Hawariyun dikatakan terdiri daripada penama-penama berikut:

Peter@Petrus atau namanya yang sebenar adalah Simon (atau dalam bahasa Aram beliau disebut Kef@Simon Bar Yokhanan)
James (Yohannes {bukan Nabi Yahya} @ Yakobus) anak Zabedee@Zabeedah@Zabedeus
John atau Yahya atau Yohannes (bukan Nabi Yahya)
Andrew (Andreas) (diriwayatkan anak murid kepada Nabi Yahya)
Philip (Filipus)
Barthomew anak Talemai (Bar Talemai) (mempunyai nama gelaran yang disebut Nathanael)
Matthew atau Matius
Thomas (dalam bahasa Aramik disebut Toma) @Didimus (dalam bahasa Yunani)
James anak Alphaeus@Yakobus bin Alphaeus
Thaddeus Lebbaeus (Yudas Thaddeus)
Simon the Cananean (Simon orang Kanaan) @ Simon the Zilot (Simon orang Zilot)
Judas Iscariot (Yudas pengkhianat)
Namun begitu, nama-nama berikut sebenarnya masih lagi samar-samar disebabkan tiada fakta yang benar-benar sahih menunjukkan nama-nama itu mewakili setiap individu Al-Hawariyun yang sebenar. Kitab Injil (Bible) kini sendiri bertelagah mengenai individu Al-Hawariyun serta riwayat hidup mereka yang dicatitkan dalam Injil-Injil Kristian.

Imam Qurtubi ada menyebutkan,: “Hawariyun adalah dua belas dalam nombornya, tetapi ia tidak memberikan nama mereka, kecuali nama ketua Hawariyun sebagai Sham’oon (Simon Peter atau Cephas) dalam keajaiban kenaikan meja (kedudukan), berkata,
“Sham’oon, ialah ketua murid, telah bertanya, ” Adakah makanan ini iaitu Syurga ataupun makanan dunia ini?” Nabi Isa’ membalas:, “Makanan ini khusus diciptakan untuk kamu, itu bukan dari Syurga atau dunia ini. Allah berfirman, “JADI,” dan maka jadilah.”
Pengikut-pengikut Isa (termasuklah Sham’oon lebih popular dikenali sebagai Simon Peter) yang hidup selepas kenaikan Isa (Yesus) itu dianggap terhormat dan jujur oleh kaum Muslim. Mereka tidak, tetapi dianggap sebagai Nabi.
Mereka adalah manusia biasa dan tidak terlepas dari membuat kesalahan dan kesilapan. Ajaran mereka dan kenyataan mereka telah kehilangan kesahihannya melalui sejarah yang disahkan tidak adanya pengesahan.

Terdapatnya dua sumber chapter dalam Injil Kristian yang menyebut nama-nama ‘Murid-murid Yesus dalam Alkitab seperti dalam chapter:

[Matt 10:2] Matius memberikan nama-nama para murid Yesus
[Luke 6:13] Tetapi Lukas menyebutkan dua nama, yang berbeza daripada mereka, dicatat dalam Matius.
Salah satu diantara para murid, yang bernama Judas Iscariot (anak Simon Iskariot) adalah bendahari atau penjaga wang dan telah diamanahkan peranan ini oleh Yesus (Nabi Isa a.s.). Dia kemudian mengkhianati Yesus kerana dikatakan telah tertarik dengan tawaran tiga puluh keping perak sebagai ganti jika dapat memberitahu dan menyerahkan Yesus kepada Ahli dewan Shan Hakrem, dan kemudian dia (Judas) telah meninggal akan selepas itu (akibat menggantungkan dirinya disebatang pokok secara terbalik serta terburai isi perutnya {mengikut pandangan Kristian}) manakala dalam perspektif Islam pula, Judas telah mati akibat disiksa dan didera bertalu-talu serta disalib sehingga mati. Beliau juga dikatakan telah membantu dirinya dengan menggunakan sebahagian daripada wang amanah yang dipertanggungjawabkan untuk dijaga olehnya buat sementara ketika dia masih lagi seorang murid Yesus.

Terdapat juga pernyataan bahawa Matthew ialah Simon orang Kanaan adalah salah seorang pengikut dan anak murid Yesus, sedangkan dalam Injil Lukas Simon orang Zelot disebutkan. Selain itu, Matius menyatakan Labaous telah disebut Tadeus untuk menjadi murid, tapi Lukas tidak menyebut nama ini, mungkin Yudas anak Yakobus dinyatakan sebagai gantinya.

6. Disebut dalam Matthew 10:2-4 nama-nama sahabat nabi Isa a.s :

2 Maka inilah nama-nama kedua belas rasul, yaitu: Pertama-tama Simon yang disebut Petrus, dan Andreas saudaranya; dan Yakub anak Zabdi, dan Yahya saudara Yakub;
3 dan Pilipus dan Bartolomius; dan Tomas, dan Matius, pemungut cukai itu, dan Yakub anak Alpius, dan Tadius;
4 dan Simon orang Kanani, dan Yudas Iskariot, yaitu yang menyerahkan Yesus.

7. Disebut dalam Luke 6:13-16 nama-nama sahabat nabi Isa a.s :

13 Setelah sudah hari siang, dipanggil-Nya murid-murid-Nya, dan dipilih-Nya dari antara mereka itu dua belas orang, yang digelarkan-Nya rasul,
14 yaitu Simon, yang digelari-Nya Petrus, dan Andreas saudaranya, dan Yakub, dan Yahya, dan Pilipus, dan Bartolomius,
15 dan Matius, dan Tomas, dan Yakub, anak Alpius, dan Simon yang digelar Zelotis,
16  dan Yudas, anak Yakub, dan Yudas Iskariot, yang menjadi orang belot.





Yohanes/ Johanes/ Yuhanis/ John

Dalam tradisi agama Kristian, ada beberapa orang tokoh bernama Yohanes/ Johanes/ Yuhanis/ John. Antaranya Yohanes Pembaptis (John the Baptist), Yohanes Penginjil (John the Evangelist) iaitu salah seorang hawari (12orang sahabat Jesus), Yohanes dari Patmos (John of Patmos) dan lain-lain.

Yohanes yang juga Nabi Yahya ialah Yohanes Pembaptis (John the Baptist). Yohanes Pembaptis ialah anak kepada Zacarias, samalah dengan maklumat agama Islam iaitu Nabi Yahya anak kepada Nabi Zakaria.
Menurut sumber-sumber Kristian, Yohanes Pembaptis ialah anak kepada Zakaria dan Elizabeth. Elizabeth sendiri merupakan sepupu Maria (Maryam), ibu kepada Jesus (Nabi Isa). 

Pada mulanya Zakaria dan Elizabeth tidak punya anak, kerana dipercayai Elizabeth mandul. Suatu hari Gabriel (Malaikat Jibril) datang kepada Zakaria dan memaklumkan kelahiran seorang anak lelaki yang akan diberi nama Yohanes. Zakaria sangat terkejut kerana dia dan isterinya yang mandul sudah tua. Sebagai petanda, Tuhan membuatkan Zakaria jadi bisu buat sementara waktu. Kisah ada ada banyak persamaan dengan kisah Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dalam Al-Quran.

Yohanes (John) Penginjil pula ialah anak kepada Zabedeus (Zabidi) dan Salome. Dia salah seorang hawari Jesus.
4 Injil/ Gospel yang masih ada hari ini bukanlah yang ditulis oleh para hawari. Kesemuanya ditulis oleh orang-orang yang tidak diketahui identitinya tetapi mereka menisbahkan tulisan mereka kepada tokoh-tokoh awal ajaran Jesus termasuklah para hawari. 

Sebab itu pada sebahagian Alkitab/ Bible biasanya ditulis 

“Injil menurut Markus (Mark)”,

“Injil menurut Lukas (Luke)”,

“Injil menurut Matius (Matthew)” dan

“Injil menurut Yohanes (John)”. 


Perkataan yang digunakan ialah “menurut” dan bukannya “oleh” Markus, Lukas, Matius atau Yohanes.
Maksudnya kesemua Injil itu tidak ditulis oleh keempat-empat tokoh tetapi oleh orang lain. Boleh jadi penulis itu mendengar pengajaran mereka ataupun orang-orang selepas mereka, lalu membuat catatan sendiri agar ajaran-ajaran tersebut tidak hilang. Catatan itu tentunya dibuat berdasarkan pemahaman mereka sendiri ke atas kata-kata penyampainya. Sebab itulah pada catatan mereka tertulis “Injil menurut (ajaran) Yohanes” dan lain-lain.


Terdapat perselisihan pendapat tentang 12 individu hawari Jesus/Nabi Isa, namun Mark dan Luke sendiri tidaklah termasuk dalam kalangan mereka. John dan Matthew ialah hawari tetapi Injil/Gospel yang ada pada hari ini bukanlah tulisan mereka.
Antara bukti Matthew tidak menulis Injil yang ada hari ini ialah ayat dalam Injil Matthew yang berbunyi :
"Jesus meninggalkan tempat itu. Ketika dia sedang berjalan, dia (Jesus) nampak seorang pemungut cukai bernama Matthew sedang duduk di tempat memungut cukai. Jesus berkata padanya, "Ikutlah aku". Dia (Matthew) berdiri lalu mengikut Jesus."
(Matius 9:9)

Ternyata Matthew tidak menulis ayat-ayat di atas. Kalau benar Matthew yang menulisnya, pasti ayat tersebut berbunyi:
“Ketika dia (Jesus) berjalan, dia ternampak aku (Matthew) yang bekerja sebagai pemungut cukai sedang duduk di tempat memungut cukai. Jesus berkata kepadaku: “Ikutlah aku.’ Aku pun berdiri lalu mengikut Jesus.”
Tidak dapat dinafikan lagi, memang ayat-ayat ini tidak ditulis oleh Matthew tetapi oleh orang lain. Sebab itu dikatakan “Injil menurut Matthew.”


Siapakah penulis Gospel John/Yohanes?
"A. Feuillet mengatakan bahawa pengarangnya tidak dapat dipastikan"
("Dictionary of the Bible" oleh John McKenzie )
Adakah John (Yohanes) akan menulis begini dalam Injilnya:
"Dia (John)lah pengikut yang memberikan kesaksian tentang perkara-perkara ini. Dia (John) juga sudah menulis semuanya itu. Kita tahu bahawa apa yang dikatakannya benar."
(Yohanes 21:24)
Kan ini bahasa penceritaan orang ketiga? Maksudnya John/Yohanes tidak menulis Injil ini.


Kesimpulannya, Yohanes yang dinisbahkan kepada Injil Yohanes itu buaknlah Nabi Yahya, dan keempat-empat Injil yang ada hari ini bukanlah hasil tulisan para hawari.


WaAllahua’lam.